Mereka perlu mempersembahkan sesuatu yang menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Namun, peserta dari Malaysia yang diberi nama kumpulan NAMA telah membuktikan wanita berhijab juga mampu menyerlahkan bakat mereka. Lihat persembahan mereka yang sangat menarik ini!
Sedang Industri Muzik Malaysia hanya memilih rupa & followers untuk dijadikan artis. Anak kelahiran Malaysia ini memilih untuk tunjuk kan bakat yg mereka ada & mencipta nama di Asia’s Got Talent. All the best girls! πͺπ» pic.twitter.com/bOzNTqUY2G— PU βππ€ππ£ βππ€ππ£ (@NasirPasir) February 28, 2019
NAMA merupakan antara peserta wanita berhijab dari Malaysia yang telah membuat persembahan menerusi lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.
Peserta NAMA ini mereka menyifatkan rancangan realiti Asia’s Got Talent sebuah platform yang bagus untuk mempersembahkan bakat mereka.
Mereka juga ingin membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu menyanyi dan melakukan persembahan dengan baik.
Peserta ini terdiri daripada Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida. Mereka graduan dari Universiti Malaya dan sangat meminati bidang seni muzik dan persembahan.
Lihat persembahan penuh mereka disini!

No comments:
Post a Comment